Info Syarikat
Sejak penubuhannya pada 1995, visi Elken tetap berfokus pada memperkaya kehidupan. Syarikat ini teguh mempertahankan falsafahnya, “Elken Menjayakan Anda untuk Menjayakan Bangsa”. Di Elken, kami bersandarkan kepercayaan dan memelihara manusia, serta membangunkan pelbagai aspek kehidupan mereka, termasuk kesihatan, pembangunan PERIBADI, keyakinan, keteguhan kewangan, kerjaya dan keluarga. Sebagai balasan, Ahli-ahli Elken terus berkongsi tentang peluang ini dengan cara yang paling bermakna.
Sebagai salah satu syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia, Elken telah menjadi piawai teladan bagi kejayaan kelahiran tempatan. Elken turut menubuhkan sembilan lagi tapak perniagaan yang kukuh di rantau Asia Pasifik, iaitu di Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Cambodia, India, Thailand, Indonesia, Philippines, Brunei dan Singapura.
Dengan konsep kesihatan dan kecantikan holistik yang tersendiri, Terapi Pembaharuan Molekul (MRT) Elken menekankan empat unsur hidup yang kritikal bagi mencapai kesihatan yang optimum: pemakanan seimbang; pengambilan oksigen yang secukupnya; detoksifikasi dan pelarasan kesihatan; sementara Konsep Kecantikan Menyeluruh Elken pula memfokuskan penyerlahan kecantikan diri yang sejati dari hujung rambut hingga hujung kaki, dari dalam hingga luar.
Syarikat ini turut membuka 8 cawangan di seluruh negara, iaitu di Pulau Pinang, Seberang Jaya, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kota Bharu. Baru-baru ini, kami telah mengubahsuai. kemudahan-kemudahan yang sedia ada ke taraf antarabangsa, misalnya galeri kecantikan, ruang istirahat, kemudahan latihan serba guna dan EK One, sebuah gedung runcit kemegahan sehenti di samping 100 lagi pusat stokis di seluruh Malaysia.
iElken
Kembangkan Rangkaian Anda dengan Pelan Global yang Lancar & Sempurna!
FIND ME
SPEAKING CALENDAR









Kenapa Perlu Berubah
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|
